Rembau,sebuah pekan kecil dahulunya,terletak diantara perjalanan Tampin dan Seremban.Kedudukannya yang ditengah-tengah perjalanan dua bandar itu menyebabkan ianya agak sibuk sedikit kerana bas yang menjalankan perkhidmatan "Syarikat South Union" akan masuk ke pekan Rembau sebelum menruskan perjalanan di antara kedua-duan bandar ini.Begitu kalau mereka yang hendak ke Melaka akan masuk juga ke pekan Rembau sekiranya mengikut jalan lama iaitu masuk ke Mampong dan belok ke Astana Raja akan terus ke Lubok Cina dan sampailah ke Melaka.Waktu itu lebuh raya Utara-Selatan masih dalam pembinaan ketika saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau atau terkenal dengan panggilan SAKURA.Banyak kenangan-kenangan silam mula bermain-main dikepala apabila usia meningkat ke angka 50an ini.Kalau boleh mahu diundurkan waktu dan masa agar zaman kanak-kanak itu kembali semula,merasai kehidupan di Rembau yang penuh kegembiraan,keceriaan bersama sepupu,dua pupu dan saudara kerabat yang semuanya terkumpul di satu kampung.
Melangkah ke sekolah rendah di SAKURA pada tahun 1971 apabila kedua ayah dan ibu menghantar agar duduk dengan atok dan wan (panggilan gantian nenek,orang N.Sembilan).Bersekolah dan menetap di Rembau walau pun memberontak pada mulanya namun kehendak ayah dan emak terpaksa juga diturutkan.Mungkin juga ayah merasakan bersekolah di Temerloh waktu agak sukar,Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Pulai waktu agak ketinggalan dengan dua bangunan kayu dan suasana kehidupan yang sukar waktu itu dengan banjir yang sentiasa melanda mungkin ayah memikirkan perlu dihantar bersekolah di Rembau duduk bersama Atok dan Wan yang agak berkemampuan sedikit. Atok waktu itu masih bertugas sebagai pekerja am dengan Majlis Bandaran Rembau (MBR).Dan apabila saya bersekolah di darjah dua, Atok pencen dan berniaga goreng pisang dibawah pokok dihadapan padang Astaka Rembau (searang ini) dan kalau tak silap disitu ada bangunan pejabat (maaf dah lupa nama jabatan).Atok mula-mula berniaga dengan peralatan sebiji kuali,satu dapur arang dan kotak kayu untuk dibuat alasan.Disitulah beliau menggoreng pisang sehinggalah berjaya membeli sebuah (hoker,panggilan sekarang).
Bersama-sama duduk di rumah Atok dan Wan sepupu,Kamal anak Pak Ngah Dollah.Pak Ngah Dollah ni awalnya duduk di Temerloh bersebelahan rumah ayah di Batu 5, Jalan Maran, dan beliau akhirnya terpaksa balek ke Rembau kerana kerap sakit.Akhirnya beliau dapat kerja di Jabatan Muzium Negara Malaysia,K.Lumpur.
Duduk dan bersekolah dengan Atok dan Wan adalah saat-saat yang amat menggembirakan.Maklumlah cucu,Atok dan Wan akan cuba memenuhi kehendak walau pun adakalanya ada juga yang tidak dapat dipenuhi.Suasana di Kampong Tanjong Sena Hilir waktu amat meneyronokkan.Di hujung rumah Wan (Di baruh,panggilan orang N.Sembilan) rumah Wan Along.Rumah Wan Along ni sentiasa penuh dengan anak-anak dan cucu-cucunya.Mak Ngah Kamariah dan anak-anaknya duduk sekali dengan Wan Along dan Tok Long kerana suaminya (saya sempat tengok wajah suaminya,Tok Ujang)meninggal kerana lemas didalam lubuk ketika menjala ikan.Tok Ujang bertugas sebagai polis di Melaka,minta maaf nama lubuk saya tidak tahu.Rumah lama Tok Long dari papan yang agak usang dan ada sebatang pokok asam jawa berdekatan rumah itu dan apabila ianya berbuah,ianya boleh dicapai dengan tangan dan dimakan begitu sahaja.
Sebelah kanan rumah Wan,rumah Wan Acik dan Tok Hussin.Tok Hussin ni asalnya orang seberang dan minatnya memikat tekukur.Banyaklah burung tekukur dalam sangkarnya bergantungan dirumah.Kicauan tekukur amat meriah dikala pagi dan petang.Saya tak tahu apa pekerjaan Tok Hussin tapi yang selalu nampak Tok Hussin berkayuh basikal membawa jerat memikat tekukur tak kira waktu baik pagi atau petang.Disebelah kiri rumah Wan,rumah sepupu Wan.Saya panggil Wan juga (lupa panggilannya).Sebelah kiri lagi rumah Wan Alang dan Tok Alang.Wan Alang dan Tok Alang ni,tidak mempunyai anak tetapi ada anak angkat 2 orang.Permulaannya saya mengaji dirumahnya bersama-sama sepupu dan saudara-saudara yang lain.
Yang sebenarnya penghuni kampong bukanlah yang disebutkan saja tadi tetapi ramai lagi.Semua berkait rapat dengan Wan dan Atok,semuanya bersaudara dan hubungan yang amat rapat.Apabila Tok Ateh Omar pencen dari perkhidmatannya di Telok Intan (khabarnya bertugas sebagai pemandu klinik kesihatan)dan balek menetap di Rembau,beliau membuat rumah diantara kedudukan rumah Wan dan rumah Wan Acik.
Kemudian selang setahun kemudian Tok Hassan pula pencen dan Wan Indok juga membuat rumah ditapak lama rumah Wan Along,Mak Ngah Kamariah membuat rumah baru jauh sedikit dari tapak rumah lama,(rumah Wan Indok).Apabila semua adek beradek perempuan Wan berkumpul dari situlah bermulanya keceriaan,kegembiraan bermula.
Sabtu, 12 November 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)